JOHNNY WEE POH BENG ( KB02603 PA01959)
JOHNNY WEE POH BENG ( KB02603 PA01959)
VISI
PENERAJU PEMERKASAAN KESEJAHTERAAN INSAN
MISI
PEMBESTARIAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI
UNTUK MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Link Borang Temujanji
https://e2pk.moe.gov.my/inframe.cfm?temujanji#!
Link Rujukan Oleh Ketua Jabatan
https://e2pk.moe.gov.my/inframe.cfm?logmasuk#
Link Penilaian Sesi
https://e2pk.moe.gov.my/inframe.cfm?penilaiansesi#!
LATAR BELAKANG
Sektor Psikologi dan Kaunseling (SPsK) di Pejabat Pendidikan Daerah Julau ditubuhkan pada Mei 2010 ekoran penstrukturan semula di Pejabat Pendidikan Daerah Julau. Sebelum ini, jawatan Kaunselor Pentadbir hanya ada di Pejabat Pendidikan Bahagian. Lantaran tiada penetapan penggunaan nama Sektor atau Unit pada Waran Perjawatan (WP) Bilangan S90 Tahun 2019 berkuatkuasa 1 Jun 2019 maka penyeragaman nama Sektor Psikologi dan Kaunseling di semua Pejabat Pendidikan Daerah seluruh negara telah dimaklumkan melalui surat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia rujukan KPM.500-2/1/4 (86) bertarikh 2 Disember 2021. Walaupun SPsK merupakan sektor terkecil di setiap Pejabat Pendidikan Daerah, namun fungsi dan peranan SPsK dalam perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling tidak dapat diperlekehkan. Dengan tenaga kerja hanya 1 orang sahaja iaitu Kaunselor Pendidikan Daerah, SPsK tetap melaksanakan tugas hakiki iaitu Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di samping merancang dan menjalankan kursus berkaitan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling. Selain itu, SPsK juga berperanan mengumpul data kakitangan yang menerima perkhidmatan kaunseling di Daerah Julau dan Pakan merangkumi 34 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah.
PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling meliputi perkhidmatan kaunseling, khidmat bimbingan, konsultasi pendidikan, konsultasi kerjaya, konsultasi perkembangan manusia, konsultasi kesihatan dan lain-lain lagi. Setiap perkhidmatan sesi kaunseling adalah terjamin kerahsiaannya.
Pendekatan Psikologi meliputi pembangunan modal insan melalui kaunseling individu, kaunseling kelompok, konsultasi dan khidmat bimbingan. Manakala masalah klien dikategorikan kepada dadah/ inhalan/ alkohol, kerjaya, psikologi, interpersonal, prestasi, kewangan, kesihatan fizikal, keluarga/ peribadi, tatatertib dan disiplin.
Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan alternatif bagi mengurangkan tekanan yang boleh menimbulkan gangguan kesihatan seperti asma, ulser, sakit kepala, dan sembelit. Gangguan ini juga memberi impak besar dalam prestasi kerja warga pendidikan Daerah Julau seterusnya mempengaruhi produktiviti staf. Gaya hidup yang sihat perlu dijadikan amalan sebagai langkah memperkasa diri dalam usaha mengelakkan tekanan.
OBJEKTIF
Menyediakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti;
Memberi kesedaran kepada warga KPM akan Kepentingan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian;
Menyediakan pendidikan kesejahteraan emosi dan fizikal kepada warga KPM;
Melaksanakan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling berteraskan etika dan menepati peruntukkan perundangan; dan
Melestarikan kelangsungan Perkhidmatan Kaunseling kepada stake-holder.
PIAGAM PELANGGAN
Memastikan perkhidmatan sesi kaunseling dilaksanakan oleh Kaunselor Pendidikan Daerah yang berdaftar dan mempunyai Perakuan Amalan selaras dengan Akta Kauselor 1998 (Akta 58Q);
Memastikan pelanggan di kaunter akan dilayan dalam tempoh sepuluh (10) minit;
Memberi perkhidmatan kaunseling kepada warga kerja Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tempoh satu (1) hari bekerja bagi kes baru selepas penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien;
Memastikan Laporan Sesi Kaunseling disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja atas permintaan;
Memastikan Laporan Ujian Psikometrik disediakan dalam tempoh tiga (3) hari selepas diambil atas permintaan klien.
Literasi Undang-Undang KPM 2021
Harus Ditonton Oleh Semua Warga Sekolah
Hari Pertama
Slot 1: BELANJAWAN KELUARGA & TEKNIK KAWAL BELANJA, Josue Ting, PPD Meradong
Slot 2: WEALTH MANAGEMENT-Mazni Mansor, Bank Islam Kuala Lumpur
Hari Kedua
Slot 1: APA NAK JADI? -Nadiana Bujang, BPsK, KPM
Slot 2: PENGURUSAN KEWANGAN DALAM NORMA BAHARU- Yeo Wee Kiak, AKPK, Bank Negawa Malaysia
WACANA INSPIRASI : MINDA SEJAHTERA 2021
HARI 1 : Cabaran dan Intervensi Minda Sejahtera & Krisis Kematangan Minda
HARI 2 : Pengurusan Marah & Jenayah Siber
HARI 3 : Kesihatan Mental & Memperkasa Jati Diri Dalam Norma Baharu
Interpretasi IKPsi PPP Guru Daerah Julau & Daerah Mukah Sarawak
Program Kesejahteraan Psikologi 2022
WACANA INSPIRASI : LITERASI KEWANGAN 2022 (HARI 1)
1. "WASPADA MODUS OPERANDI BAHARU JENAYAH SIBER"
ASP Pricha a/l Azin
Pegawai Penyiasat Kanan (Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket/Siber)
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak
2. "PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERHEMAH"
Cik Diana anak Henry
Pegawai Eksekutif,
Bank Negara Malaysia Cawangan Kuching, Sarawak
WACANA INSPIRASI : LITERASI KEWANGAN 2022 (HARI 2)
3. En. Idlen bin Ibus
Ketua Cawangan,
Jabatan Insolvensi Cawangan Sibu
"KEBANKRAPAN INDIVIDU"
4. En. Yuhip bin Rabaie
Pengurus Cawangan,
Bank Rakyat Cawangan Sarikei, Sarawak
"PERANAN GURU MEMUPUK BUDAYA MENABUNG DI KALANGAN MURID SEKOLAH"
Kejahilan Undang-Undang Bukan Suatu Alasan
Panel 1 : YBhg. Dato' Haji Pkharuddin Bin Haji Ghazali - Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Dasar dan Kurikulum
Panel 2 : Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam - Pakar Perundangan
Panel 3 : Tuan Muhamad Asri Bin Dollah - Ketua Unti Integriti
Panel 1 : Dr. Noorliza Hj Zakuan - Pengarah Eksekutif, PADU.
Panel 2: Tuan Hj Shabani Bin Othman - TSUB, BPsK
Panel 3: Puan Wan Sabariah Binti Wan Mamat- Peguam Kanan Persekutuan, Unit Undang-Undang KPM
SESI PERKONGSIAN SEMPENA BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN DAN HARI PSIKOLOGI PPD JULAU 2022
I'm freaking out! HELP111
Disampaiakan Oleh :
Dr. Adnan Bin Omar, Timbalan Pengerusi, Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia Suicidologist
CERAMAH 2 : Cabaran dan Peranan Ahli AKRAB Dalam Dunia Tanpa Sempadan
Dr. Badruddin Bin Abdullah, Perunding Latihan Kanan, Program Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
CERAMAH 3 : Aplikasi Kemahiran Dalam Sesi Bimbingan Bagi Ahli AKRAB
En. Mahadi Bin Sibon, Pegawai Khas Naib Canselor, Universiti Malaya.
CERAMAH 1 : PERSEDIAAN PERSARAAN
Dr. Ahmad Badruddin Bin Abdullah
Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
CERAMAH 2 : PENGURUSAN PERSARAAN
En. Mohamad Ribwan Bin Abas
Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
KETUA PENOLONG PENGARAH, BHGN SIASATANSEKSUAL, WANITA & KANAK-KANAK (D11) BKT AMAN, PDRM pada 22 JANUARI 2024 (1430-1630)
BICARA WANITA: A WORLD WITHOUT CERVICAL CANCER-WHAT DO YOU NEED TO DO?
Prof Dr. Woo Yin Ling, Pengasas Yayaan Rose, Pakar Runding Jabatan Obstetrik dan Dinekologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
PROGRAM PRAPERSARAAN: PERSEDIAAN PSIKOLOGI MENGHADAPI PERSARAAN WARGA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2024
SLOT 1 : Solusi Kewangan Oleh Syahrun Nizam bin Mohammad, Bank Islam.
SLOT 2 : Penipuan Dalam Talian Oleh ASP Nor Sharina binti Mohd Amin, Peg Penyiasat, JSJ Komersil, Bukit Aman.
oleh
DR KU SUHAILA KU JOHARI
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
klik link ini untuk mengetahui keterangan lanjut https://rb.gy/t2fv7h
UCAPAN SETIAUSAHA BAHAGIAN, BPsK
Slot 1 : Gangguan Seksual : Apa Yang Anda Perlu Tahu? oleh Pn. Noraini binti Mohd Zain, Kaunselor Pendidikan Negeri JPWP Putrajaya
Slot 2 : Etika dan Integriti Penjawat Awam oleh En. Chandra Kumar A/L Vellasamy, Kaunselor Pendidikan Daerah Sentul, Kuala Lumpur
Slot 3 : Gangguan Seksual: Apa Peranan Anda? oleh Pn. Faizah binti Mohamed Othman, GBK SMK Alam Megah, Selangor
WACANA ASPIRASI KAUNSELOR PENDIDIKAN IPG KPM SIRI 1 2025
Panel Jemputan :
YBrs. Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip
Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling,
Fakulti Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Selepas Tuan/Puan menonton siaran rakaman di atas, sila daftarkan dalam Modul Individu SPLKPM di bawah latihan kendiri : webinar di dalam Website SPLKPM (seperti link di atas)